Thursday, August 22, 2013

Penyuntingan Video

  • Dengan menggunakan video digital anda boleh menyunting dengan perisian-perisian tertentu melalui komputer.
  • Antaranya ialah Windows Movie Maker dan Ulead Video Studio.
  • Kerja mengedit memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan.
  • Untuk kerja-kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen.
  • Kedua-duanya perlu disambungkan. Sila lihat gambar di sebelah dan cuba anda buat sambungannya dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

No comments:

Post a Comment